Hari Raya.
Selalu kita dengar orang china sebut hari busat, dari segi
bahasanya adalah betul perkataan raya itu di istilahkan kepada besar,sebab itu
kita kata jalan raya bermakna jalan yang besar, pasar raya pasar yang besar,
Bandar raya Bandar yang besar,jadi hari raya bermaksud hari besar atau lebih
jelas hari yang diutamakan.
Jika benarlah hari raya itu hari besar, bagaimana sepatutnya
kita menyambutnya, adakah pada hari raya itu kita perlu tukar langsir, kita
perlu tukar kerusi sofa, kita perlu tukar pemaidani atau tikar, kita perlu
membeli baju dan kasut baru, dan kita perlu mengadakan beranika kueh-muih dan
juadah yang enak dan lazat untuk menjamu selera kita. Atau dihari raya itu kita
bersuka ria dan berseronok dengan majlis-majlis hiburan yang melalaikan beserta
joget dan tarian serta muzik yang melalaikan samaada kita adakan atau kita
tonton hiburan ini di TV atau panggung –panggung wayang. Atau kita sambut
dengan pembaziran dengan bermain mercun, bunga api dan sebagainya. Atau adakah
hari raya itu cukup sekadar kita sambut dengan sembahyang hari raya, ,
menziarah kubur , berziarah menjamu selera serta bermaaf-maafan.
Eidil Fitri ,biasanya lazim orang namakan hari raya puasa
disebabkan meyambutnya selepas berpuasa selama sebulan,lantaran itu berlaku
tangapan yang tidak selari dari pengertian asal eidil Fitri itu. Dan tersimpang
dari agama dan syariat. Keadaan ini
boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham mengapa kita perlu meyambut hari
raya, maka berlakulah Hari raya puasa itu disambut dengan bersukaria,
beseronok-seronok dan berpesta dimana hari untuk berbelanja, bermewah-mewah dan
membazir hari melepaskan geram dimana setelah sebulan nafsu dikonkong,sekira
tidak dapat baju raya ,kasut raya , sofa baru pemaidani baru lansir baru mereka
merasa sedih teramat sangat, Bagi warga tua hari raya jadi hari nostalgia dan hari melayan
perasaan, ingat anak, ingat cucu yang tidak balik berhari raya. Sambutan hari
raya sudah tidak menjadi satu ibadah ia telah bertukar menjadi satu adat dan
istiadat.
Dalam Islam tidak ada Hari raya, tidak ada hari tukar
langsir,tidak ada hari tukar sofa tukar pemaidani, tidak ada hari membeli baju
dan kasut, tidak ada hari untuk membazir dan bermewah-mewahan lebih-lebih lagi
tidak ada lansung hari untuk berhibur,berseronok, berpesta dan bersuka ria
dengan muzik, nyayian yang melalaikan, Dalam Islam yang ada hanyalah hari untuk
bersyukur,memuji,memuja dan membesarkan Allah.
Eidil Fitri bermaksud
mengembalikan fitrah. Iaitu mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asalnya
yang murni dan suci, iaitu fitrah semula jadi manusia.Dalam setahun sebelas
bulan fitrah kita telah bergelumang dengan nafsu dan dunia selama itu juga
fitrah kita telah dikotori dan dirosakkan selama itu juga lah fitrah kita telah
dilemahkan. Dengan rahmat dan kasih sayang tuhan dikurniakan satu bulan dalam
setahun iaitu bulan Ramadhan untuk kita berpuasa,Kita berpuasa untuk
menguatkan, mensucikan dan membersehkan
kembali fitrah yang telah dilemahkan dengan ini dapat mengonkong
kerakusan nafsu dan dunia.
Kalau fitrah telah rosak dan kotor manusia akan lupa tuhan,
bila tuhan telah dilupakan, jiwa akan mati, Jiwa manusia tidak boleh hidup
tampa tuhan dan tampa rasa bertuhan.Jika jiwa telah mati nafsu akan
bemaharjalela,dia akan ransang cita dunia dan benci akhirat, dia akan suka apa
yang tuhan benci dan benci apa yang tuhan suka.Dia akan mengangkat nafsunya
menjadi tuhan akhirnya hidupnya didunia akan menjadi punah ranah dan diakhirat
akan bakal dicampak kedalam neraka.
Kalau begitu apalah ada sangat pada hari raya yang hendak
kita gembirakan, tidak ada keistimewaan pada hari raya kecuali kita disuruh
berbuka dan diharamkan berpuasa.Apa yang perlu kita buat banyakkan lah
bersyukur, memuji,memuja dan membesarkan Allah.
Jadi janganlah kita cuba merosakkan fitrah kita yang telah
kita suci dan bersehkan selama sebulan dengan mngengkang nafsu di bulan
Ramadhan ,Kita rosakkan dengan meyambut hari raya dengan pembaziran dan
kemewahan disertakan pula dengan kelalaian, maksiat dan kemungkaran.
Jadi marilah kita ubah fahaman kita berhari raya yang mana
hari raya eidil fitri ini perlu disambut dengan cara yang betul dan tepat
dimana perlu diisikan dengan zikir, bertafakur, bersyukur, memuji ,memuja dan
membesarkan Allah. Ianya disambut dengan kebaikan yang berpunca dan didorong
oleh hati atau fitrah yang sudah suci dan berseh. Pada hari raya ini kita patut
membantu dan memberi makan fakir miskin
, merapatkan silaturrahim,berziarah dan memberi hadiah.
Bermaaf-maafan,bertolong bantu,berkasih sayang dan sebagainya. HARI RAYA FITRAH
BUKAN HARI UNTUK MEMUASKAN NAFSU.